top of page
  • Writer's pictureAndre Amir

Pakaian Lelaki Moden & Minimalis: COS akan buka stor pertama di Malaysia



COS Pakaian Lelaki Moden Minimalis Malaysia

Tak sabar rasanya! Setelah sekian lama memasuki pasaran Asia, bermula dengan Hong Kong, Singapura, China, Jepun dan Korea Selatan, akhirnya COS akan membuka stor mereka yang pertama di Malaysia. Berimejkan pakaian lelaki moden dan berestetika minimalis, COS merupakan jenama di bawah naungan H&M, yang telah memberi nafas baru buat pakaian klasik dan keperluan busana lelaki.

COS - pendek untuk Collection of Style (Koleksi Gaya), yang wujud sejak tahun 2007 di London, UK, bakal menjanjikan pakaian yang moden dan segar sepanjang zaman, berkualiti dan harga yang berpatutan. Jadi tak salah kalau saya pun turut beria apabila mendapat tahu yang mereka akan membuka stor mereka pada hujung tahun ini di Pavilion Mall, pusat membeli belah ternama di Kuala Lumpur dengan anggaran 500 meter persegi! Pejam celik pejam celik, ah, tak lama lagi tu!

Maklumat lanjut akan di update dari masa ke semasa. Sementara itu, anda boleh layari www.COSstores.com untuk koleksi mereka terkini.

Gambar: COS

Click here to read my blog in English

#SS16 #menswear #newtrend #menstyle #springsummer2016 #COS #CollectionofStyle #COSOpenFirstStoreInMalaysia #KualaLumpur

Recent Posts

See All
bottom of page