top of page
  • Writer's pictureAndre Amir

Levi's "We Are Original" Edisi Malaysia: menampilkan Amy Search, SonaOne, JC Chee, Hat



Amy Search for Levi's We Are Original Malaysia

Selebriti tempatan dan personaliti fesyen telah berganding bahu untuk membawakan kemeriahan kempen Levi’s® WE ARE ORIGINAL di Malaysia yang meraikan semangat authenticity dalam seni muzik dan fesyen. Ditatagayakan oleh teman saya Ethan Chu, Editor Fesyen di Streething dan diambil oleh jurugambar terkenal, Chuan Looi, kempen ini menampilkan lagenda bintang rock, Amy Search, penyanyi utama kumpulan Hujan, Noh Salleh, bakat baru bidang lakonan JC Chee, rapper SonaOne, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, jurugambar fesyen Bibo Aswan, jurugambar gaya jalanan Ridduan TTFGA, dan juga pengacara duo daripada JinnyBoy TV, Jin Lim dan Rueben Kang.


SonaOne for Levi's We Are Original Malaysia

JC Chee for Levi's We Are Original Malaysia

Hatta Dolmat for Levi's We Are Original Malaysia

Jenama Levi’s telah menempa nama dalam sejarah fesyen dunia dan berkembang sebagai ikon budaya sejak satu abad yang lalu. Kadangkala kita penggemar fesyen seperti saya terlupa akan perihal ini sebab sudah lama tidak menyarungkkan jeans Levi's terutamanya siri 501 yang menjadi kegilaan remaja pada zaman saya.


Kesimpulannya, keraian Levi’s We Are Original telah berjaya menyatukan komuniti yang terdiri daripada individu pelbagai latar belakang, saling memberi inspirasi untuk mengekalkan jati diri serta berkongsi pengalaman dan perasaan menggayakan pakaian denim unik milik masing-masing.


Jin Lim and Rueben Kang for Levi's We Are Original Malaysia

Bibo Aswan for Levi's We Are Original Malaysia

Ridduan TTFGA for Levi's We Are Original Malaysia

Aaron Chan for Levi's We Are Original Malaysia

Sheena Liam for Levi's We Are Original Malaysia

Pemenang Asia’s Next Top Model Musim Ke-2, Sheena Liam, antara personaliti-personaliti wanita yang turut menjayakan kempen ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Levi's Malaysia, laman Facebook atau Instagram Levi’s®

Gambar: Levi's Malaysia

Recent Posts

See All
bottom of page