top of page
  • Writer's pictureAndre Amir

Koleksi Bernard Chandran 'Bagi Muka' Buat Budaya Timur



Bernard Chandran AW16/17 Menswear 'Give Face'

Beliau bukan sahaja merupakan seorang pereka fesyen tersohor Malaysia sejak tahun 90an, malahan dikenali di peringkat antarabangsa, sehinggakan Lady Gaga dan Rihanna pernah menggayakan busananya.

Pertama kali saya berbual dengannya ketika dia mengadakan previu koleksi terbaru di butiknya minggu lepas, saya rasakan 'Wow!'. Setelah mengenali namanya sekian lama, saya tak sangka dia begitu humble sekali dan bijak berceloteh. He knows what he's saying, what he wants and why he does things, membuatkan saya begitu respect dengan Dato' Bernard Chandran.

Bernard Chandran mengutarakan koleksi Autumn/Winter 2016/17 dan seperti biasa, saya cuma akan mengetengahkan koleksi menswear sahaja dalam blog saya. Nasib baik juga kerana beliau menonjolkan hampir 20 peratus daripada koleksinya kali ini untuk pakaian lelaki. That translates into about 7 looks - yeay!

"I love the melting pot of cultural differences, my heritage and family values that I was brought up in, at the same time" - Bernard Chandran

Koleksinya kali ini membawa kita memahami dengan lebih mendalam ekspresi 'Bagi Muka' ataupun 'Give Face' - iaitu inspirasi rekabentuk dan interpretasi kreatif yang menjangkau trend fesyen oriental masa kini seperti mitos naga ataupun cenderawasih (phoenix), dengan lebih penjelasan mengenai konsep sikap murni ‘俾面’ (Hormat atau dalam kata lain, Bagi Muka). 'Give Face' merupakan ekspresi dalam budaya timur dimana kita perlu menghormati orang lain, terutamanya orang yang lebih dewasa daripada kita, biarpun kita kurang bersetuju dengan pendapat mereka. Bagus juga konsep ini diketengahkan kerana personally, saya rasakan kita kadangkala lupa akan sikap murni ini yang sudah jarang dipraktikkan, terutamanya dalam masyarakat laman sosial hari ini.


Bernard Chandran's Menswear AW16 Kuala Lumpur

Anyways, back to Bernard Chandran's new collection, mungkin tiada pereka lain yang lebih mampu untuk mendalami konsep budaya Timur Jauh berbanding Bernard Chandran (berbangsa campuran Chinese and Indian - ataupun Chindian) yang sememangnya mengamalkan pelbagai warisan budaya oriental sejak lahir lagi. Bijak sekali dia menimbang tara estetika oriental dengan campur tangan moden yang sesuai untuk prêt-a-couture*. Meskipun penggunaan tekstur, warna, prints dan juga hiasan baru permata dalam pelbagai gaya, namun ia tampak bersatu dalam tema yang sama. Dan yang paling saya gemar? -- jaket hitam knitted yang sungguh berstructure dan luxurious. Excellent!

*prêt-a-couture bererti adibusana sedia dibeli, seakan-akan ready-to-wear tetapi lebih ekslusif.

Sibuk berbual dengannya minggu lalu, dia ada menceritakan tentang koleksi Petang Raya yang agak istimewa kerana ia merupakan persembahannya yang ke-10. Yup, dia merupakan antara pereka fesyen yang mengadakan persembahan fesyen Aidilfitri pertama di Malaysia sedekad lalu. Jadi sememangnya saya tak sabar untuk melihat apa pula yang bakal dibawakan Bernard Chandran untuk Petang Raya 2016. Hopefully ada lebih banyak gaya lebaran untuk lelaki tahun ini!

Untuk koleksi penuh Bernard Chandran Autumn/Winter 2016/17, anda bolehlah tonton video ini:


- Gambar dan video oleh Bernard Chandran.

Recent Posts

See All
bottom of page